Every time you feel like you cannot go on You feel so lost And That you’re so alone All you is see is night And darkness all around You feel so helpless You can`t see which way to go Don`t despair and never lose hope Cause Allah is always by your side

Wednesday, 23 March 2016

SAHABAT

Ceritera orang sebelah kita; SAHABAT.


Oh yaa, petang ni nak cerita pasal kawan yg kita pling rapat masa Diploma ni, huhu, 

dah kena dorg lama da, dari semester 1 di Uitm Lendu smpai lh sekarang di UiTM tapah.

Sedar tak sedar da 3 tahun mula rapat gn dorg.. Lepas ni habis diploma da tk dpt nak jumpa korg berdua. Terima kasih sebab susah senang sama2, InshaAllah, hubungan persahabatan ini akan kekal.



Ni time Dinner PERSIK semester 5, Tema ni BACK TO SCHOOL..
HUHUHUHU


Ni masa di rumah sewa Kampung Tersusun Batu 4, muka penat masing2, mana tk nye, balik
kelas terus buat surprise untk Alba ( tudung kuning )
HAPPY BIRTHDAY ALBA


Time ni kat kem di TANJUNG MALIM, banyk kenangan, mandi lumpur yg baunya Ya Allah, busuk sgt. hahahahah


Ni time kita dalam Kelab ISM ( inspirasi sahabat mahasiswa :) ), baru lepas kena balik tepung, dorg la punya pasal ni..




Kerja gila waktu petang2, hhaha duk panjang bukit kt UITM TAPAH ni haa , semata2 nk bergmbar :)
best nature ever dekat Tapah ni...


Alhamdulillah semester 5 dapat anugerah Dekan lagi, terima kasih sbb bnyak beri tunjuk ajar, syukur
kepada Yang Maha Esa :)






Terkadang, sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.

Terkadang, sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.

Terkadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat.

Terkadang, sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka (cuba) menghargai orang di sekeliling mereka.

Kerana,

Satu hari, kita semua akan terpisah. Kita akan terkenangkan pelbagai kenangan yang kita ada. Hari berganti hari, bulan, tahun, sehingga silaturrahim ini menjadi asing.

Satu hari nanti, anak-anak kita akan jumpa gambar kita dan bertanya, "Siapa mereka semua itu?" Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata, "DENGAN MEREKALAH, SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA." Terima kasih, sahabat.

Perkara yang dapat menghancurkan hidup,
• Dendam

Perkara yang tidak boleh kembali,
• Waktu

Perkara yang tidak boleh hilang,
• Kejujuran

Perkara yang paling berharga,
• Doa

Perkara yang paling pasti,
• Kematian

Ya Tuhan, insan yang sedang membaca ini adalah insan yang kuat, sabar, pengasih dan penyayang. Maka, sayangilah serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan dan lancarkan segala urusannya.

Semoga kamu; insan yang pernah dan sedang menjadi sahabat aku, sentiasa dalam jagaan Allah.


 I LOVE YOU :)

No comments:

Post a Comment