DON’T CRY
Sedih, kecewa, patah hati and end up kita akan menangis,
kan?
Perasaan paling susah nak pujuk adalah tengah menangis,
tengah sedih. Bohonglah kalau aku cakap hanya pejam mata, semuanya akan kembali
normal macam semula. Tak ada sedih-sedih dah lepas itu. Eh, yeke? Bohong.
Tapi ada orang cakap, perkara paling mustajab untuk hilang
rasa sedih sampai membawa menitisnya air mata jernih milik jiwa itu apabila
kita ambil wudhu dan bukan tidak akan stop semuanya hanya sampai situ. Tidak!
Tapi terus jumpa Tuhan. Luahkan semua terpendam. Luah
everything sampai lapisan organ hati paling dalam. Kemudian kau bawa jiwa dan
pelbagai perasaan kau itu dengan baca kisah cinta dari kitab cinta milik Tuhan;
Al-Quran. Perasaan kau akan back to normal if kau sungguh-sungguh. Tapi itu
terapi untuk diri sendiri bila kita ada dalam situasi yang sedih, kecewa, patah
hati semua itulah.
Macam mana dengan orang lain?
Jujurnya, aku jenis tidak suka tengok orang lain menangis.
Lemahlah part macam itu. Silap haribulan, aku pun akan menangis sekali. Paling
deep bila melibatkan manusia paling rapat dan dekat dengan aku. Keluarga,
kawan-kawan dan juga baby-baby yang cecomel. Aku pun tak pandai nak deskripsi
apa yang aku rasa, apa aku fikir bila tengok mereka menangis. Aku faham itu
sahaja cara mereka luahkan semua yang mengguris hati kecil mereka.
Sense kita sama.
Even menangis bagai nak rak, padahal it just small matter
sahaja pun kan, wallahi pasti ada tercalit rasa bersalah simpati dalam hati.
Atau terkadang mereka menangis bila tak sanggup nak hadapi masalah yang
menghempap bahu kanan kiri mereka bagai menanggung derita bertahun-tahun.
Cuma aku minta jangan sedih atau menangis depan aku. Sebab
aku akan jauh rasa bersalah, walau bukan masalah aku. Tapi if you need someone
untuk minta dengar permasalahan kau, aku cuba. InshaaAllah. Demi semua. If itu
mampu ringankan setiap seksa dan kesedihan yang ada.
Seringkali, air mata adalah beban-beban yang berlinangan
untuk mencipta kelegaan. Maka, menangislah.
Tapi, mohonlah untuk kuat kembali.
No comments:
Post a Comment