JOURNEY BEHIND THE FALLS
This is the beginning of the end.
Perasaan gembira, bahagia, kecewa, sedih dan takut adalah
lumrah. Malah, Allah sendiri yang menciptakan perasaan-perasaan begitu dan
titipkannya dalam hati kita.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Monolog untuk diri sendiri, “Kau kuat, benda ini kan kau dah
pernah lalui, setiap kali rasa lemah, mohon pada Allah, mohon dan mohon kepada
Allah. Kekuatan tidak akan dapat dari orang lain selain diri sendiri dan tanpa
izin Allah, kekuatan itu sendiri tiada. InshaaAllah, ini adalah salah satu
ujian kasih sayang Allah untuk melihat kesungguhan cinta kau pada-Nya. Letakkan
Allah yang utama. Yang lain, akan datang kemudian."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ceritera untuk pelangi, aku masih tidak jumpa kau lagi kan?
Tapi aku tidak mahu melihat keindahan pelangi itu tanpa sabar, aku mahu tunggu
masanya itu. Saat selepas hujan dan guruh, pelangi aku itu menghiburkan aku
biarpun hanya seketika waktu.
Wahai pelangi, aku tidak menginginkan kau yang cantik,
sempurna, cukup warna, tapi cukuplah kau ada. Dan kehadiran kau itu akan
membantu aku untuk menjadi mentari yang bersinar dan memancarkan cahaya kepada
kegelapan.
Wahai pelangi, aku tidak mahu kita hanya berjumpa di dunia,
aku mahu menjadi si mentari padamu sehingga ke syurga. InsyaAllah. Sementara
ini, wahai pelangi yang aku sayangi, persiapkanlah dirimu sebagai orang
solehah; yang mana bukan niat mahu mendapat yang soleh tapi niatlah kerana
untuk meraih redha Allah. Itu impian kita, bukan? Mari kita realisasikan impian
itu bersama, InshaaAllah, bila sampai waktunya itu.
*******************************************************************************
This is the beginning of the end. Langkah tercipta.
InshaaAllah. Allah sentiasa bersama orang yang bersabar, maka bersabar dan
bersabar. Syurga itu terlalu mahal untuk orang yang mensia-siakan dunianya.
THE END :)
No comments:
Post a Comment