Monolog Hati & Ceritera Akal.
Akal dan Hati berbual tentang "kasih dan sayang" .
Akal : Assalamualaikum.
Hati : Waalaikumussalam.
Akal : Apa khabar iman awak?
Hati : Kurang sihat, mungkin.
Akal : Mengapa?
Hati : Saya merindui dia segenap jiwa.
Akal : Dia? Dia yang mana satu?
Hati : Dia, selain dari Dia.
Akal : Tak mengapa, itukan fitrah manusia.
Hati : Tapi rindu ini kadangkala membuat jiwa rasa runsing.
Akal : Sayang padanya, juga sayang padaNya, kasih sayang
padaNya kan yang lebih utama.
Hati : Tapi, sayang dan rindu saya padanya juga kerana
Allah. Kami sering meminta Allah untuk jagakan antara satu sama lain dan saling
menasihati kepada kebaikan.
Akal : Apa makna cinta?
Hati : Kasih dan sayang.
Akal : Bagi saya, cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita menyayangi seseorang, kita asyik
teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elak. Apa yang
diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, timbul rasa
cemburu. Apa awak rasa begitu?
Hati : Ya, begitu yang saya rasa.
Akal : Apa awak tahu pula tentang ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan awak dengan Allah.
Hati : Apa sebenarnya yang ingin awak sampaikan, wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau awak benar sayangkan dia kerana
Allah, apa awak ada mengadu kepadaNya?
Hati : Saya sudah berdoa. Saya mendoakannya setiap kali
selepas solat.
Akal : Maka, sabarlah. Doa awak mungkin tidak makbul sekelip
mata. Mungkin Allah akan memakbulkannya di lain masa. Mungkin juga Allah ada
hadiah yang lebih berharga untuk awak.
Hati : InshaaAllah.
Kasih sayang sesama manusia hanya layak disandarkan kepada
Allah. Dia menarik pe(rasa)an kerana Dia lebih menyayangi kita. Dia rindu doa
dan tangisan hambanya. Dia mahu kita kembali mengindahkan kasih sayang
kepadaNya.
No comments:
Post a Comment