TAKE CARE OF YOURSELF :)
Mungkin suatu hari nanti.
Monolog "Perpisahan"
Perpisahan, bukan pengakhiran bagi segalanya.
Perpisahan, boleh jadi permulaan bagi segalanya.
Kerana apa?
Kerana,
Perkataan "PERGI" itu akan menjadi satu alasan
seseorang untuk kembali. Jika bukan kamu yang kembali, aku yang kembali.
Kembali menjalani semuanya sendiri. Kembali menjalani semuanya tanpa ditemani
kamu di sisi dan kembali untuk jatuh cinta lagi.
Perpisahan ini adalah sebuah rencana, perpisahan ini jugalah
tujuannya. Jangan menyesal, sebab telah banyak kita pelajari sepanjang
perkenalan ini. Yang pada akhirnya kita tahu bagaimana saling menjaga hati,
meskipun yang menjaga belum tentu selamanya ada.
Aku pernah bahagia, kerana kamu. Aku pernah kecewa, kerana
kamu. Kita juga pernah tertawa dengan alasan yang sama juga sederhana. Kita
pernah menangis saat ditimpa masalah. Kita pernah ada, sebab itu adalah
ceritera yang tercipta dalam kehidupan sepanjang bersama.
Kini, kita telah memilih langkah yang berbeza, dan ini bukan
bererti yang kita tidak akan bertemu lagi nanti. Hidup ini kan seperti roda?
Meskipun kita berbeza arah, tapi kita semua punyai tujuan yag sama.
Bila nanti Tuhan pertemukan kita di persimpangan, janganlah
antara kita malu untuk menyapa, walaupun hanya untuk bertanyakan khabar dan
berbicara luarannya. Jangan sesekali antara kita bertanya, "Siapa yang
sedang kita bahagiakan saat ini?" . Kerana kita berhak untuk bahagia,
dengan cara kita sendiri.
Bahagia mungkin tidak pada saat ini, tapi nanti. Pasti.
Bila saat itu nantinya terjadi, pastikan kita bersama
orang-orang yang telah ditakdirkan dan tersenyumlah. Saat itu, aku tahu aku ada
alasan yang kukuh untuk tidak menangis lagi kerana perpisahan.
Dan aku tahu,
Yang namanya manusia itu, terkadang Allah takdirkan bertemu
dengan manusia lain hanya sekejap. Cukup untuk mencipta serangkap kenangan
sebagai penyambung rindu di kemudian hari nanti. Jadi, biasa-biasakanlah dalam
hati untuk menerima kunjungan yang tidak kekal.
Yang pergi itu cinta,
Yang datang itu jodoh.TERIMA KASIH UNTUK MEMORI LALU :)
No comments:
Post a Comment