SOMETIMES J
Terkadang,
Terkadang, manusia mahukan dirinya dihormati tapi dia
sendiri tdak pernah berusaha untuk menghormati orang lain.
Terkadang, manusia mahukan urusannya dipermudahkan tapi dia
sendiri tidak pernah berusaha untuk membantu mempermudahkan urusan orang lain.
Terkadang, manusia mahukan dirinya difahami orang sekeliling
tapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk memahami orang lain sekalipun isi
hati mereka.
Terkadang, manusia mahukan kebahagiaan tapi dia sendiri
tidak pernah berusaha untuk membahagiakan orang lain. Sekalipun terhadap
binatang dan tumbuh-tumbuhan.
Terkadang, manusia mahukan pandangannya dihadam dengan baik
sekali oleh orang sekeliling tapi pandangan orang sekeliling? Pandang sebelah
mata sahaja.
Terkadang, manusia mahukan tazkirah, nasihat dan dakwahnya
diterima pakai oleh mereka yang lain tapi bila dirinya dinasihati dan
ditarbiyyah? Haih. Kitakan manusia biasa. Kita sebenarnya sedang diuji bila
kita merasa bangga dan selesa dengan keadaan itu. Hati-hati.
Terkadang, manusia suka isi hatinya didengari dengan penuh
setia oleh si pendengar tapi pernahkah diluangkan masa kita untuk mendengar isi
hati mereka? Jangan pentingkan diri. Ya, mereka tidak pernah meminta untuk
didengari tetapi ketahuilah bahawa kita manusia saling memerlukan antara satu
sama lain.
Terkadang, Allah tarik sesuatu sebab nak kurniakan sesuatu
yang kita tidak pernah jangka. Surprise yang berhikmah. Cuma, terkadang kita
gelojoh bila doa kita lambat dimakbulkan. Kita nampak yang zahir sahaja, kan?
Kenalilah Allah dalam setiap ketika, melalui keinginan yang tidak dapat kita
kecapi.
Dan sememangnya manusia mahukan doanya dan keinginannya
dimakbulkan Allah tapi manusia itu sendiri berat untuk melakukan apa yang Allah
suruh. Dia suruh bukan untuk kepentingan-Nya tetapi sebab Dia sayangkan kita.
Dia tak nak kita terseksa dalam neraka. Dia uji sebab Dia nak kita alihkan
perhatian kita yang sememangnya tertumpu pada dunia beralih kepada-Nya. Kalau
tidak diuji nanti kita lalai dan leka.
Jangan sedih kalau terkadang kita diuji, sebaliknya
bersyukurlah.
No comments:
Post a Comment