HENSHIN
Henshin. Perkataan dalam bahasa jepun, bermaksud berubah. Kita selalu dengar perkataan ini disebut oleh watak-watak kartun jepun bila nak berubah kepada superhero, contoh yang paling nyata dan popular ialah Kamen Rider. Masa mereka nak berubah, perkataan yang akan mereka sebut sebelum berubah ialah "Henshin".
Selepas sahaja mereka sebut "Henshin", mereka terus berubah daripada seorang manusia biasa kepada superhero berdasarkan apa yang telah ditetapkan oleh pengarah cerita. Mereka menjadi seorang yang hebat dan ada kuasa yang hebat sangat!
Ahah. Kenapa pulak tajuk entry kali ini "Henshin"? Kenapa "Henshin"? Untuk apa kita nak berhenshin-henshin pulak ni? Nak jadi kamen rider ke apa? Jadi matang sikit laa bro!
Okeh. This entry is for those people who wants to change, who wants to hijrah from hero to superhero! Eceh. Siapa yang tak nak henshin kan? Sepertimana ketika kita main Mario Bros, kita ingin power up agar kita boleh main game dengan power yang extra, mudah sikit nak habiskan level game! Biar saya terangkan dahulu pendefinisian henshin daripada pelbagai aspek.
Henshin (Definisi asal) : Berubah daripada manusia biasa kepada superhero. Henshin (Definisi inggeris) : Transformation from hero to superhero. Henshin (Definisi IK) : Hijrah, berubah. Berubah daripada zon biasa ke zon luar biasa. Penghijrahan kepada yang lebih baik.
Aisehmen, definisi mudah saya, Henshin ialah satu penghijrahan. Penghijrahan kepada yang lebih baik. Dah jadi yang lebih baik, jadi lagi baik kepada yang lebih baik dan akhirnya menjadi yang terbaik antara yang terbaik!
Henshin ini tiada noktah, tiada pengakhiran. Sentiasa ada dan perlu ada dalam diri setiap manusia, terutamanya muslim. Istilahnya kita perlulah sentiasa henshin, henshin dan henshin hingga kita jejak ke Syurga Allah. Jangan pernah berhenti berlari dalam penghijrahan diri hingga kita jejak ke Syurga Allah. Non-stop dan tiada one-stop!
Macam mana kalau kita dah rasa kita dah cukup baik? Kita rasakan kita tidak perlukan henshin dah. Ibaratnya kita masuk program realiti Imam Muda dan Pencetus Ummah serta Ustazah Pilihan memang terus menang tanpa bertanding dek kerana terlalu baik dan solehnya diri kita ini kononnya. Acewah! Haa, macam mana tu?
Biar saya bagi satu konsep mudah:
Kita berusaha menuju ke arah maksum walau kita tahu kita tidak pernah akan selamanya menjadi maksum.
Kita berusaha menuju menjadi malaikat walau kita tahu kita tidak pernah akan selamanya menjadi malaikat.
Konsep ini nak kata yang kita perlu cuba menjadi seorang insan yang sempurna baik tiada dosa namun itu teramat mustahil. Bagitahu saya, siapa yang maksum dalam dunia ni selain Nabi dan Rasul? Jangan tuding kat Rasul Melayu sudah. Pengakhir Nabi dan Rasul ialah Nabi Muhammad deh! Takde dah manusia yang maksum sempurna tiada cela dosa dah zaman ni. Namun konsep merasakan diri itu menuju ke arah maksum dan malaikat agar diri kita ini sentiasa ingin di-upgrade dari masa ke semasa. Daily update ataupun hourly update juga secondly update pun boleh. Jadi kita perlulah terapkan konsep yang agak poyo itu dalam diri kita.
"Aku nak jadi maksum, aku nak jadi malaikat"
Katakan pada diri macam itu, so that kita tak rasa selesa dengan diri kita yang sedia ada, jangan bajet bahawa diri kita ini sudah sempurna tiada dosa hinggakan tidak perlu tambah baik diri sendiri. Sebab itulah kita berusaha menjadi maksum dan malaikat agar diri kita ini sentiasa ditambah baik sentiasa.
"Apakah Henshin ini hanya untuk mereka yang baik-baik aja? Orang jahat seperti kami ini lagu mana?"
-'peminjam' selipar di surau kampung-
p/s : peminjam itu ialah satu sarkastik, lebih membawa maksud pinjam selamanya tanpa kebenaran. eh
Saya nak kongsi satu fakta:
"orang paling jahat dalam dunia pung ada rasa nak jadi orang paling baik dalam dunia"
Fakta ini bukan rasmi cuma ia adalah satu fakta official yang dipetik daripada Professor Inche Kopiah. Uhukk. Tapi serius lah kan, orang jahat pun ada keinginan nak jadi baik. Sepertimana sang buaya ada rasa nak jadi pemakan rumput seperti rusa, seperti mana harimau ada rasa nak jadi kucing kena belai oleh manusia. Eceh.
Tapi ada beberapa situasi yang melibatkan proses henshin dikalangan orang yang jahat, er tidaklah terlalu jahat. Meh saya listkan beberapa situasi yang melibatkan manusia-manusia yang nak Henshin ni. Kita kecilkan skop kepada para peminjam selipar di surau kampung tadi :
Situasi #1
Dah henshin, memang dah henshin. Dah berubah menjadi penjaga selipar di surau kampung. Tapi tak dapat tahan lama dan akhirnya kembali kepada asal iaitu peminjam selipar di surau kampung.
Situasi #2
Dah henshin, memang dah henshin. Namun tak tahan lama, menjadi perangai asal iaitu suka meminjam. Namun itu juga tidak tahan lama, akhirnya henshin lagi menjadi penjaga selipar di surau kampung secara percuma, namun itu juga tidak tahan lama, dan akhirnya segalanya tidak tahan lama.
Situasi #3
Ada rasa nak henshin. Memang ada keinginan yang teramat besar nak henshin namun sampai sekarang tidak henshin. Makanya masih dengan jawatan peminjam selipar di surau kampung.
Pengakhiran cerita kepada ketiga-tiga situasi tadi bukanlah pengakhiran cerita seperti dalam drama hindustan dan melayu. Bukanlah happy ending kerana mereka tidak dapat untuk mengecapi henshin, mereka tidak dapat untuk mengecapi hijrah yang sepenuhnya. Ibaratnya on the way ke Kelantan daripada Johor, stop kat Selangor lepastu terbang dengan AirAsia ke Sarawak pastu naik kapal ke Johor semula. Nak katanya tak sampai ke destinasi yang diinginkan.
Solusi #1
Kes pertama itu selalunya kes sudah rasa selesa dan gembira dalam jahiliah. Selalunya kes yang pertama ini kes mereka yang pernah kapel kemudian nak stop perbuatan tersebut juga mereka yang sudah seronok hisap dadah atau hisap rokok ataupun hisap darah daripada daging saudara sendiri hasil suka mengumpat, ehh. Sudah berubah dan sudah pun berhenti, tapi tak mampu nak bertahan lama dengan henshin itu kemudian kembali kepada asal.
Okay untuk penyelesaian situasi pertama ini saya ambil skop pasal kapel. Nak stop kapel tapi tak mampu tahan lama dan kemudian kembali kepada pasangan kapel dulu. Well, biasanya orang kapel ada pasangannya masing-masing, kalau takde pasangan bukanlah dinamakan kapel.
Pesanan saya untuk mereka yang menghadapi situasi kapel, ingatlah satu perkara. Kamu nak berubah daripada seorang yang kapel kepada seorang yang tidak kapel dan fokus sepenuhnya kepada Allah. Mungkin kamu kata bahawa susah untuk melupakan pasangan kapel kamu yang dahulu, susah yang teramat susah. Iyo laa kan, banyak memori indah manis bersama dia. Tetiba nak lupakan begitu sahaja susahlah kan...
Tapi cuba kamu fikir balik, kamu nak berubah daripada kapel dan fokus sepenuhnya kepada Cinta Allah, namun kamu kata susah. Ketika kamu mahu fokus kepada Cinta Allah, kamu perlu melupakan cinta kapel kamu yang lama. Susah untuk melupakan kapel? Masa kamu sebok leka kapel, kamu lupakan Allah bukan?!
Sepertimana kamu selalu lupa Allah, abaikan Allah, langsung tak hiraukan Allah., langsung tak berkorban untuk Allah, sentiasa buat Allah murka. Sehingga kau lupa dan langsung tak cinta pada Dia. Apatah lagi bercita cita mengejar redhaNya. Seperti itulah kamu perlu buat pada orang yang kamu cintai iaitu pasangan kapel kamu itu. Kalau kamu mampu lupakan Allah yang mencintai tanpa kata, takkan kau tak mampu lupakan orang yang mencintai kau seketika?
So what should we do?
Lupakanlah dia sepertimana kamu pernah lupakan Dia.
Dan fokuslah kepada Dia, sepertimana kamu pernah fokus kepada dia.
Easy!
Bagaimana pula dengan mereka yang sudah seronok hisap dadah atau hisap rokok ataupun hisap darah daripada daging saudara sendiri hasil suka mengumpat, ehh... Maksudnya macam mana kita nak tinggalkan segala dosa maksiat yang kita dah lakukan sebelum ni.
Benda yang sudah menjadi keseronokan dan sudah sebati dengan kehidupan kita memang susah untuk dibuang. Bahkan bakteria dan kuman yang degil kat baju pun perlu menggunakan Vanish yang mahal harganya untuk membunuh dan membuang kotoran degil apatah lagi maksiat yang sudah menjadi sebati dalam hati. Sudah tentu perlukan 'sesuatu yang mahal' untuk kasi hilang maksiat tersebut daripada hati...
Apakah sesuatu yang mahal itu?
No comments:
Post a Comment