''UJIAN ITU TANDA SAYANG ALLAH''
Betul cakap Kak Amani, Allah uji kita tanda Dia sayang kan kita. Alhamdulillah, Allah selalu ingat pada kita. Aku mesti lebih belajar mcm mana nakbersabar lebih ni. Kadang-kadang ujian yang yang diturun ini kepada kita tanda kita jauh dariNya, leka dan alpa. Mungkin betul,, Aku merasakan aku jauh dariNya, kadang-kadang terfikir, kejam nya diri ini sebab leka dan alpa dgn Nya, tapi dia tk pernah lupa pada aku, Terima Kasih Allah.
Aku mengetahuinya...
Berdasarkan tafsiran Ibnu ‘Abbas tersebut, dapat kita ketahui bahawa pada setiap orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya. Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;
- لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
- ”Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.“ [Al-Baqarah: 286]
Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan
Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;
- أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين
- ”Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta.” [al-Ankabut: 2-3]
Akhir kata, Allah S.W.T sgt dekat dengan kita :)
8.32pm.12/3/2016
No comments:
Post a Comment