Every time you feel like you cannot go on You feel so lost And That you’re so alone All you is see is night And darkness all around You feel so helpless You can`t see which way to go Don`t despair and never lose hope Cause Allah is always by your side

Tuesday, 12 February 2019

Malam Berinai a.k.a Malam Bollywood




Pada malam 29 hb 12 2018, Nurul decide nak adakan malam berinai bertemakan malam bollywood. Majlis Malam berinai tu start pukul 8.30 malam, malam tu tk pakai inai pun sbb tkde org nak pakaikan. Kak Fify available pada waktu petang jee. so pakai la inaipada waktu petang tu... Pada malam tu, Nurul tak jemput ramai pun yang hadir, cukup hanya menjemput kawan2 yang rapat sahaja yang datang bersama ahli2 keluarga. Masa tu family dari Perak dan Melaka pun ada sekali. Alhamdulillah syukur. Nurul menggayakan pakaian bollywood drpd Alang Nurul. Dan di make up oleh kawan-kawan baik Nurul sendiri. Just simple make up dr dorg. thank korg sbb make up kan!! huhuhuhu

 

Pelamin Bollywood ni dibuat oleh Alang Nurul sendiri. Nurul request mini pelamin yang biasa2 saja. hehehe tk sangka pulak hasil dia luar biasaa. hehehehe thank you Alang utk pelamin bollywood yg cantik nii...!















Aikkk kenapa family pakai baju kelawar????? hehehehe
Asalnya memang temar kelawar tapi sbb nak sgt tema bollywood maka family Nurul sporting jee. depa tak kisah pun pakai baju kelawar. tapi cantik tau pakai baju kelawar!!! huhuhuu warna warni gituuu.




Ni la dua insan istemewa yang selalu ada waktu susah dan senang Nurul. Tgk tu, ayah pakai baju punjabi, mama pulak baju kelawar. mama ngan ayah memang ikut tema betul. hehehehehe sporting habis mama ngan ayah ni.... :)  







Haaaa, ni la member2 yang selalu ada waktu susah senang Nurul. haishhh, depa yang banyak bantu waktu majlis berlangsung. thank korg sebab sudi tolong nurul. mmg rasa mcam raja sehari betul waktu tu.... heheheehehehe lepas ni korg kahwin, Nurul yg tolong pulak. heheheehehe




Tuesday, 29 March 2016

DON’T CRY

DON’T CRY 

Sedih, kecewa, patah hati and end up kita akan menangis, kan?

Perasaan paling susah nak pujuk adalah tengah menangis, tengah sedih. Bohonglah kalau aku cakap hanya pejam mata, semuanya akan kembali normal macam semula. Tak ada sedih-sedih dah lepas itu. Eh, yeke? Bohong.

Tapi ada orang cakap, perkara paling mustajab untuk hilang rasa sedih sampai membawa menitisnya air mata jernih milik jiwa itu apabila kita ambil wudhu dan bukan tidak akan stop semuanya hanya sampai situ. Tidak!


Tapi terus jumpa Tuhan. Luahkan semua terpendam. Luah everything sampai lapisan organ hati paling dalam. Kemudian kau bawa jiwa dan pelbagai perasaan kau itu dengan baca kisah cinta dari kitab cinta milik Tuhan; Al-Quran. Perasaan kau akan back to normal if kau sungguh-sungguh. Tapi itu terapi untuk diri sendiri bila kita ada dalam situasi yang sedih, kecewa, patah hati semua itulah. 



Macam mana dengan orang lain?

Jujurnya, aku jenis tidak suka tengok orang lain menangis. Lemahlah part macam itu. Silap haribulan, aku pun akan menangis sekali. Paling deep bila melibatkan manusia paling rapat dan dekat dengan aku. Keluarga, kawan-kawan dan juga baby-baby yang cecomel. Aku pun tak pandai nak deskripsi apa yang aku rasa, apa aku fikir bila tengok mereka menangis. Aku faham itu sahaja cara mereka luahkan semua yang mengguris hati kecil mereka.

Sense kita sama.

Even menangis bagai nak rak, padahal it just small matter sahaja pun kan, wallahi pasti ada tercalit rasa bersalah simpati dalam hati. Atau terkadang mereka menangis bila tak sanggup nak hadapi masalah yang menghempap bahu kanan kiri mereka bagai menanggung derita bertahun-tahun.

Cuma aku minta jangan sedih atau menangis depan aku. Sebab aku akan jauh rasa bersalah, walau bukan masalah aku. Tapi if you need someone untuk minta dengar permasalahan kau, aku cuba. InshaaAllah. Demi semua. If itu mampu ringankan setiap seksa dan kesedihan yang ada.

Seringkali, air mata adalah beban-beban yang berlinangan untuk mencipta kelegaan. Maka, menangislah.

Tapi, mohonlah untuk kuat kembali.

Sunday, 27 March 2016

Ceritera Solat; Solat for Beginner.

Ceritera Solat; Solat for Beginner.







Bagaimana untuk tidak tinggal solat?

I'm not USTAZAH! What I wanna share about solat is based on my own experience.

Tips ini memang untuk "beginner". Bila sebut beginner, maksudnya lets be honest with ourself, okay? Kekadang rasa malas itu timbul, susah sangat nak bangun pagi solat Subuh dan bila dah penat kerja, susah nak solat Isyak, kan?

Kita kena percaya; Allah Maha Mendengar setiap doa kita. Kalau yang didoakan itu baik untuk kita, dapatlah. Kalau tak, tunggu. InshaaAllah, kita akan dapat yang lebih baik.




Sebab saya fokus pada beginner, so soal kusyuk dan solat tepat pada waktu bukan dalam ‘priority’ for now. Tak apa lagi if solat Subuh gajah, janji buat masa ini, kau masih solat. Okay?

Susah nak kusyuk sebab tak tahu meaning ayat yang dibaca? Tak apa. Yang penting, kita tetapkan niat dalam hati, “I'm here because of you, Allah" dan dalam masa yang kita belajar.

How nak bagi tak tinggal solat dan slowkan sikit rasa malas nak solat?

Kita kenalah try buat ‘hubungan’ baik dengan Allah. Cliche? Tak! Practice makes perfect. Kalau boleh, bayangkan hubungan itu bukan sekadar baik, tapi masuk tahap macam ‘nak mengorat’ Allah. Ini bukan setakat ‘nak mengorat’ biasa. Ini special, sebab kalau kita dapat ‘hubungan baik’ itu, kita boleh minta macam-macam pada Dia; nak minta permudahkan urusan ke apa ke. InshaaAllah.





The first thing you should do every day is say 'Hi, Alhamdulillah' to Allah masa bangun pagi. Dan malam before tidur, say 'Thanks' to Allah. But if you don't, you can ask Him to help you out tomorrow.

In between morning and night (Zohor, Asar, Maghrib) WE MUST SAY 'ALHAMDULILLAH' setiap kali solat, so that He loves us and yeah you got it right.

Bila kita dah selalu fikir dan buat, serta berusaha untuk tidak terlepas solat, Dia yang will really help you out of that jiwa kacau with a blink of an eye, insyaAllah. Kita rasa seronok bila solat (walaupun tak adalah kusyuk mana) dan rasa tak best kalau kita tertinggal solat. CUBALAH.


Dan ISTIQOMAH. When you love Him, He loves you more.



Thursday, 24 March 2016

JOURNEY BEHIND THE FALLS

JOURNEY BEHIND THE FALLS

This is the beginning of the end.

Perasaan gembira, bahagia, kecewa, sedih dan takut adalah lumrah. Malah, Allah sendiri yang menciptakan perasaan-perasaan begitu dan titipkannya dalam hati kita.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Monolog untuk diri sendiri, “Kau kuat, benda ini kan kau dah pernah lalui, setiap kali rasa lemah, mohon pada Allah, mohon dan mohon kepada Allah. Kekuatan tidak akan dapat dari orang lain selain diri sendiri dan tanpa izin Allah, kekuatan itu sendiri tiada. InshaaAllah, ini adalah salah satu ujian kasih sayang Allah untuk melihat kesungguhan cinta kau pada-Nya. Letakkan Allah yang utama. Yang lain, akan datang kemudian."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ceritera untuk pelangi, aku masih tidak jumpa kau lagi kan? Tapi aku tidak mahu melihat keindahan pelangi itu tanpa sabar, aku mahu tunggu masanya itu. Saat selepas hujan dan guruh, pelangi aku itu menghiburkan aku biarpun hanya seketika waktu.

Wahai pelangi, aku tidak menginginkan kau yang cantik, sempurna, cukup warna, tapi cukuplah kau ada. Dan kehadiran kau itu akan membantu aku untuk menjadi mentari yang bersinar dan memancarkan cahaya kepada kegelapan.

Wahai pelangi, aku tidak mahu kita hanya berjumpa di dunia, aku mahu menjadi si mentari padamu sehingga ke syurga. InsyaAllah. Sementara ini, wahai pelangi yang aku sayangi, persiapkanlah dirimu sebagai orang solehah; yang mana bukan niat mahu mendapat yang soleh tapi niatlah kerana untuk meraih redha Allah. Itu impian kita, bukan? Mari kita realisasikan impian itu bersama, InshaaAllah, bila sampai waktunya itu.

*******************************************************************************

This is the beginning of the end. Langkah tercipta. InshaaAllah. Allah sentiasa bersama orang yang bersabar, maka bersabar dan bersabar. Syurga itu terlalu mahal untuk orang yang mensia-siakan dunianya.

THE END :)







Monolog Hati & Ceritera Akal.

Monolog Hati & Ceritera Akal.

Akal dan Hati berbual tentang "kasih dan sayang" .

Akal : Assalamualaikum.
Hati : Waalaikumussalam.

Akal : Apa khabar iman awak?
Hati : Kurang sihat, mungkin.

Akal : Mengapa?
Hati : Saya merindui dia segenap jiwa.

Akal : Dia? Dia yang mana satu?
Hati : Dia, selain dari Dia.

Akal : Tak mengapa, itukan fitrah manusia.
Hati : Tapi rindu ini kadangkala membuat jiwa rasa runsing.

Akal : Sayang padanya, juga sayang padaNya, kasih sayang padaNya kan yang lebih utama.
Hati : Tapi, sayang dan rindu saya padanya juga kerana Allah. Kami sering meminta Allah untuk jagakan antara satu sama lain dan saling menasihati kepada kebaikan.

Akal : Apa makna cinta?
Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagi saya, cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita menyayangi seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elak. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, timbul rasa cemburu. Apa awak rasa begitu?
Hati : Ya, begitu yang saya rasa.

Akal : Apa awak tahu pula tentang ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan awak dengan Allah.
Hati : Apa sebenarnya yang ingin awak sampaikan, wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau awak benar sayangkan dia kerana Allah, apa awak ada mengadu kepadaNya?
Hati : Saya sudah berdoa. Saya mendoakannya setiap kali selepas solat.

Akal : Maka, sabarlah. Doa awak mungkin tidak makbul sekelip mata. Mungkin Allah akan memakbulkannya di lain masa. Mungkin juga Allah ada hadiah yang lebih berharga untuk awak.
Hati : InshaaAllah.


Kasih sayang sesama manusia hanya layak disandarkan kepada Allah. Dia menarik pe(rasa)an kerana Dia lebih menyayangi kita. Dia rindu doa dan tangisan hambanya. Dia mahu kita kembali mengindahkan kasih sayang kepadaNya.

Wednesday, 23 March 2016

SAHABAT

Ceritera orang sebelah kita; SAHABAT.


Oh yaa, petang ni nak cerita pasal kawan yg kita pling rapat masa Diploma ni, huhu, 

dah kena dorg lama da, dari semester 1 di Uitm Lendu smpai lh sekarang di UiTM tapah.

Sedar tak sedar da 3 tahun mula rapat gn dorg.. Lepas ni habis diploma da tk dpt nak jumpa korg berdua. Terima kasih sebab susah senang sama2, InshaAllah, hubungan persahabatan ini akan kekal.



Ni time Dinner PERSIK semester 5, Tema ni BACK TO SCHOOL..
HUHUHUHU


Ni masa di rumah sewa Kampung Tersusun Batu 4, muka penat masing2, mana tk nye, balik
kelas terus buat surprise untk Alba ( tudung kuning )
HAPPY BIRTHDAY ALBA


Time ni kat kem di TANJUNG MALIM, banyk kenangan, mandi lumpur yg baunya Ya Allah, busuk sgt. hahahahah


Ni time kita dalam Kelab ISM ( inspirasi sahabat mahasiswa :) ), baru lepas kena balik tepung, dorg la punya pasal ni..




Kerja gila waktu petang2, hhaha duk panjang bukit kt UITM TAPAH ni haa , semata2 nk bergmbar :)
best nature ever dekat Tapah ni...


Alhamdulillah semester 5 dapat anugerah Dekan lagi, terima kasih sbb bnyak beri tunjuk ajar, syukur
kepada Yang Maha Esa :)






Terkadang, sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.

Terkadang, sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.

Terkadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat.

Terkadang, sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka (cuba) menghargai orang di sekeliling mereka.

Kerana,

Satu hari, kita semua akan terpisah. Kita akan terkenangkan pelbagai kenangan yang kita ada. Hari berganti hari, bulan, tahun, sehingga silaturrahim ini menjadi asing.

Satu hari nanti, anak-anak kita akan jumpa gambar kita dan bertanya, "Siapa mereka semua itu?" Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata, "DENGAN MEREKALAH, SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA." Terima kasih, sahabat.

Perkara yang dapat menghancurkan hidup,
• Dendam

Perkara yang tidak boleh kembali,
• Waktu

Perkara yang tidak boleh hilang,
• Kejujuran

Perkara yang paling berharga,
• Doa

Perkara yang paling pasti,
• Kematian

Ya Tuhan, insan yang sedang membaca ini adalah insan yang kuat, sabar, pengasih dan penyayang. Maka, sayangilah serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan dan lancarkan segala urusannya.

Semoga kamu; insan yang pernah dan sedang menjadi sahabat aku, sentiasa dalam jagaan Allah.


 I LOVE YOU :)

Tuesday, 22 March 2016

SOMETIMES

SOMETIMES J


Terkadang,

Terkadang, manusia mahukan dirinya dihormati tapi dia sendiri tdak pernah berusaha untuk menghormati orang lain.

Terkadang, manusia mahukan urusannya dipermudahkan tapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk membantu mempermudahkan urusan orang lain.

Terkadang, manusia mahukan dirinya difahami orang sekeliling tapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk memahami orang lain sekalipun isi hati mereka.

Terkadang, manusia mahukan kebahagiaan tapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk membahagiakan orang lain. Sekalipun terhadap binatang dan tumbuh-tumbuhan.

Terkadang, manusia mahukan pandangannya dihadam dengan baik sekali oleh orang sekeliling tapi pandangan orang sekeliling? Pandang sebelah mata sahaja.

Terkadang, manusia mahukan tazkirah, nasihat dan dakwahnya diterima pakai oleh mereka yang lain tapi bila dirinya dinasihati dan ditarbiyyah? Haih. Kitakan manusia biasa. Kita sebenarnya sedang diuji bila kita merasa bangga dan selesa dengan keadaan itu. Hati-hati.

Terkadang, manusia suka isi hatinya didengari dengan penuh setia oleh si pendengar tapi pernahkah diluangkan masa kita untuk mendengar isi hati mereka? Jangan pentingkan diri. Ya, mereka tidak pernah meminta untuk didengari tetapi ketahuilah bahawa kita manusia saling memerlukan antara satu sama lain.

Terkadang, Allah tarik sesuatu sebab nak kurniakan sesuatu yang kita tidak pernah jangka. Surprise yang berhikmah. Cuma, terkadang kita gelojoh bila doa kita lambat dimakbulkan. Kita nampak yang zahir sahaja, kan? Kenalilah Allah dalam setiap ketika, melalui keinginan yang tidak dapat kita kecapi.

Dan sememangnya manusia mahukan doanya dan keinginannya dimakbulkan Allah tapi manusia itu sendiri berat untuk melakukan apa yang Allah suruh. Dia suruh bukan untuk kepentingan-Nya tetapi sebab Dia sayangkan kita. Dia tak nak kita terseksa dalam neraka. Dia uji sebab Dia nak kita alihkan perhatian kita yang sememangnya tertumpu pada dunia beralih kepada-Nya. Kalau tidak diuji nanti kita lalai dan leka.


Jangan sedih kalau terkadang kita diuji, sebaliknya bersyukurlah.